Akaun maahadlilbanatalhanafiah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

"SATU SUBUH, SATU SEDEKAH"

SLOT INFAQ KEATAS IBU DAN BAPA DENGAN RM10

InshaAllah apa yang dihajatkan dipermudahkan dan juga mendapat pahala berpanjangan. Amin...


SEDEKAH TERBAIK ADALAH PADA WAKTU SUBUH 

Mengapa sedekah pada waktu pagi adalah sedekah yang terbaik?

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا (البخاري)

Daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad ﷺ bersabda bermaksud:
“Tidak ada yang berpagi-pagian para hamba padanya kecuali ada dua malaikat yang turun. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang menginfaqkan hartanya. " Sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kemusnahan bagi orang yang menahan (hartanya)”
(Hadis Riwayat Bukhari)


AYUH BERINFAQ SEAWAL SUBUH HARI
Pernahkah kita terfikir akan keberkatan dan nikmat rezeki kita? Kadang-kadang rasa tak cukup walaupun belum sampai setengah bulan.

Ada juga masa yang kita fikir nak berinfaq di siang atau petang hari, tetapi tiba-tiba tak jadi pula.


"Tiada sehari pun hamba memasuki suatu pagi, kecuali ada dua malaikat yang turun."
Salah satu dari malaikat berkata,
"Ya Allah, berikanlah rezeki kepad orang yang menafkahkan hartanya". Semenara yang lain berkata, "Ya Allah, kurangkanlah dari yang dimiliki orang yang menahan hartanya".

(HR BUKHARI & MUSLIM)

Maksud hadis di atas, apabila mengamalkan infaq di subuh hari, kita telah mendahulukan harta yang kita sayang dengan memberi kepada yang memerlukan,

berbanding dengan kita memberi dari sisa-sisa harta yang tinggal di siang harinya.

Oleh sebab itu, sebagai ganjaran, malaikat akan mendoakan kesejahteraan dan keberkatan rezeki buat kita. Bayangkan didoakan oleh malaikat yang tiada hijabnya di sisi Allah.

Percayalah, dengan amalan sedekah subuh ini, hati kita terasa tenang, rezeki yang ada terasa cukup. InshaAllah!!
 


RM6,349,500.00 Dana diperlukan untuk pembinaan Maahad Tahfiz Al-Quran Lil-Banat Al-Hanafiah. MasyaAllah.. Anda mungkin tak mampu nak bina sebuah tahfiz. Namun, dengan infaq pembinaan yang anda keluarkan serendah RM10 ini, siapa tahu boleh melahirkan bukan sahaja satu atau dua, malah mungkin ratusan Huffaz alquran kelak, hasil dari sumbangan ikhlas anda hari ini. InsyaAllah.
















Maahad Tahfiz Al-Quran Lil-Banat Al-Hanafiah sedang kita bangunkan untuk pembinaan seteresunya, Alhamdulillah hasil dari sumbangan Tuan/Puan, pembangunan ini dapat diteruskan semula. Kami berharap agar pembinaan Maahad Tahfiz Al-quran Lil-Banat Al-Hanafiah ini berjalan dengan lancar

Kami mengalu-alukan sumbangan buat Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah ini secara bulanan dan tetap. InsyaAllah dengan sumbangan ini, rancangan Pembinaan Bangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah dapat dijalankan dengan segera.


"Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk."

(HR Muslim)

Sumbangan dan Keprihatinan semua amat bermakna. Pihak kami merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua, semoga sumbangan ini dikira sebagai  amal jariah  yang mana pahala akan berterusan mengalir hingga ke akhirat kelak InsyaAllah.


MARI BERSAMA KITA BERGANDING BAHU MEMUDAHKAN URUSAN PENGAJIAN ANAK-ANAK INI SETERUSNYA MERAMAIKAN LAGI PELAPIS-PELAPIS ULAMA.

SEMOGA DENGAN INFAQ YANG DIBERIKAN, AKAN DIKURNIAKAN ALLAH SWT LADANG PAHALA YANG LUAS DAN REZEKI YANG MELIMPAH RUAH.

AMIN YRA



PAKEJ INFAQ

1. PAKEJ SUMBANGAN IKHLAS

2. PAKEJ SUMBANG 1 LOT

3. PAKEJ SUMBANG 5 LOT

4. PAKEJ SUMBANG 10 LOT

5. PAKEJ SUMBANG 50 LOT


Ribuan terima kasih diucapkan buat tuan puan yang sudi menyumbang dan membaca sampai akhir.


Kami mendoakan agar apa yang tuan/puan infaqkan kepada masyarakat ini, mendapat ganjaran pahala yang besar dan diluaskan rezeki serta dipermudahkan urusan dunia dan akhirat oleh-Nya.


Amin ya Rabbal Alamin.