Akaun maahadlilbanatalhanafiah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.


Terima kasih atas sumbangan tuan-tuan dan puan-puan pada tahun 2023 yang telah banyak membantu dalam misi kami menyediakan masa depan lebih baik untuk anak-anak yatim yang kurang berkemampuan.

...

MEMERLUKAN RM 500K BAGI PEMBINAAN FASA PERTAMA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN LILBANAT AL-HANAFIAH

...

JANJI ALLAH PADA MEREKA YANG BERSEDEKAH

مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍۢ مِّا۟ئَةُ حَبَّةٍۢ ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ ۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ ٢٦١

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah , ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

...

Bermula Maahad Tahfiz Al-Quran Lilbanat Al-Hanafiah

Maahad Tahfiz Al-Quran Lilbanat Al-Hanafiah bermula dengan Kelas Mengaji Percuma setiap hari di Prima Sri Gombak, Batu Caves. Dan kini dalam proses pengumpulan dana bagi pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Lilbanat Al-Hanafiah. Akibat daripada kekurangan dana, kami mengambil inisiatif dengan membuka cawangan Maahad Tahfiz Lelaki sementara di Sungai Merab, Kajang. Disini dapat menempatkan sebanyak 15 orang pelajar dan istimewanya adalah pembelajaran secara PERCUMA sepenuhnya .Maahad Tahfiz ini terdiri daripada pelajar fakir miskin dan anak yatim yang dipilih kerana potensi akhlak dan sikap untuk belajar serta membina taraf kehidupan yang lebih baik pada masa depan.



Kami menjangkakan pembinaan Maahad Tahfiz Al-Quran Lilbanat Al-Hanafiah ini dapat disiapkan pada tahun 2024 dan terus boleh digunakan. Oleh itu, kami amat berbesar hati jika tuan puan dapat menyumbang dalam usaha kami untuk menyediakan tempat pengajian yang kondusif buat pelajar-pelajar ini. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa-jasa tuan dan puan.


BAGAIMANA TUAN PUAN BOLEH MEMBANTU ?

Mudah saja caranya;

  1. Pilih pakej sumbangan yang anda mahu
  2.  Klik pada pakej 
  3. Anda akan dibawa terus ke 'payment gateway' untuk sumbangan secara online banking


atau menyumbang secara manual ke


NAMA AKAUN:  Darul Al Quran Lil Banat Al Hanafiah
NOMBOR AKAUN:  8605461631

sebarang soalan boleh hubungi kami di  +60 13-215 8905 (Ustaz Mat Arop Bin hanafiah)

.

Sesungguhnya sumbangan tuan puan amat berharga dan menjadi saham akhirat buat kita semua.

Sabda Nabi SAW: "Apabila mati seorang manusia, terputus daripadanya amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan dengannya atau anak soleh yang mendoakan baginya". (Hadis riwayat Muslim).

TERIMA KASIH  


PENAFIAN:
Bagi pembayaran mengunakan payment gateway BillPlz, 
cas perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM1.00 bagi setiap transaksi yang berjaya.
Sumbangan anda akan diagihkan kepada kumpulan sasaran serta menampung kos pengurusan.
Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi : 
i)   +6013-215 8905   (Ustaz Mat Arop Bin Hanafiah)